Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi mula perkenal pembelajaran bahasa Mandarin di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Arab Saudi mula memperkenalkan pembelajaran Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah tempatan untuk melengkapi para pelajarnya dengan kemahiran linguistik.

Ini selain memupuk pemahaman lebih mendalam terhadap budaya China.

Bahasa Mandarin kini diajar kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Saudi.

Menurut laporan, 175 pendidik dari China mengajar Bahasa Mandarin di Saudi, iaitu selaras dengan perjanjian pendidikan yang dimeterai antara kedua-dua negara pada tahun lalu.

Seorang ibu dari Tianjin, China, yang hanya ingin dikenali sebagai Taotao, berkata: "Kami melihat ini sebagai satu pembangunan positif. Bagi kami, ia bermakna, mengongsi budaya klasik tamadun China menjangkaui sempadan kami.

"Bagi Arab Saudi, ia membantu dalam menghapuskan halangan terhadap perhubungan yang berkesan antara kedua-dua negara kami. Pertukaran budaya ini adalah mengenai (penerokaan) keindahan dalam perbezaan kami dan berkembang bersama."

Alice, seorang guru dari wilayah Guandong di China, memberitahu Arab News bahawa beliau menganggapnya sebagai keadaan "yang saling memanfaatkan satu sama lain".

"Arab Saudi ialah sebuah negara yang bersemangat dengan ramai anak muda. Terdapat lebih ramai rakyat China yang melakukan perniagaan dan melakukan perjalanan ke Arab Saudi ... mengajar bahasa Mandarin di sekolah-sekolah akan menjadikan komunikasi mudah dan jelas bagi anak muda dari kedua-dua negara."

Beliau malah, menambah bahawa bahasa Arab kini diajar di China.

"Kursus bahasa Arab tersedia secara meluas di universiti China, dan banyak sekolah menengah antarabangsa juga mempunyai guru bahasa Arab. Saya harap pertukaran budaya dan komersil antara kedua-dua negara itu akan menjadi semakin baik," jelasnya.

Kementerian tersebut memilih beberapa sekolah untuk merintis program bahasa tersebut sebelum ia memperluaskan kukurikulum itu secara berperingkat, sehingga melibatkan murid-murid gred menengah ketiga menjelang tahun 2029.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan