Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi mula keluarkan visa umrah hari ini dengan selesainya haji

Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sudah mengeluarkan visa umrah buat berikutan tamatnya haji pada Rabu (19 Jun) lapor Saudi Press Agency.

Kementerian tersebut mengumumkan pada Khamis (20 Jun) bahawa ia sedang bekerja keras untuk memenuhi keperluan jemaah haji dan umrah.

Menurut kementerian itu, ia sudah berhenti mengeluarkan permit umrah melalui aplikasi Nusuk selama sebulan mulai 23 Mei.

Langkah tersebut bertujuan untuk membenarkan jemaah haji, yang mula tiba di Makkah, untuk menunaikan ibadah mereka dengan tenang dan selesa.

Kementerian Saudi itu juga mengumumkan bahawa aplikasi Nusuk akan sambung mengeluarkan visa umrah mulai Jumaat (21 Jun).

Dalam kenyataan terbaharunya, ia menyatakan pengeluaran visa umrah yang disambung semula akan melancarkan ketibaan jemaah umrah ke negara itu.

"Inisiatif ini dilaksanakan sejurus selepas musim haji. Ia menggunakan kemahiran kementerian ini dan menyediakan program teknikal serta lapangan untuk berkhidmat kepada jemaah haji dan umrah, serta memudahkan ibadah mereka," tulis kementerian tersebut dalam satu kenyataan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan