Skip to main content

Dunia

Arab Saudi mansuh tempoh menunggu 14 hari buat Umrah

Jemaah yang ingin menunaikan Umrah tidak lagi perlu menunggu 14 hari untuk membuat tempahan bagi ibadah tersebut, lapor Arab News.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi mansuh tempoh menunggu 14 hari buat Umrah

Para jemaah melakukan umrah. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 25 Oct 2021 03:44PM Dikemas Kini : 25 Oct 2021 03:46PM

JEDDAH: Jemaah yang ingin menunaikan Umrah tidak lagi perlu menunggu 14 hari untuk membuat tempahan bagi ibadah tersebut, lapor Arab News.
Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al Maddah berkata, susulan pelonggaran langkah-langkah pencegahan, kapasiti jemaah yang beribadah di Masjidil Haram sama ada bersolat dan mengerjakan ibadah umrah menunjukkan peningkatan.

"Sejajar dengan perkembangan itu, permintaan tempahan tarikh mengerjakan umrah meningkat. Kementerian Haji dan Umrah memutuskan peraturan itu tidak lagi perlu dan diharap akan memberi peluang yang adil kepada semua untuk beribadah," katanya kepada Arab News.

Pada 16 Oktober lalu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan kelonggaran peraturan masuk ke negara itu termasuk untuk beribadah ke Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, membolehkan operasi dan kapasiti di masjid kembali seperti sebelumnya.

Sumber : Agensi berita/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita