Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi mansuh sekatan COVID-19

Arab Saudi mengumumkan pada Isnin (13 Jun) langkah-langkah sekatan COVID-19 ditarik balik, termasuk pemakaian pelitup di tempat tertutup, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) menukil seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri
 

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi mansuh sekatan  COVID-19

(Gambar: Abdel Ghani Bashir/AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2022 10:57PM Dikemas Kini : 13 Jun 2022 10:58PM
RIYADH: Arab Saudi mengumumkan pada Isnin (13 Jun) langkah-langkah sekatan COVID-19 ditarik balik, termasuk pemakaian pelitup di tempat tertutup, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) menukil seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri.

Menurut kenyataan itu, individu tidak lagi perlu memakai pelitup di dalam bangunan kecuali di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah serta di kemudahan kesihatan, acara dan kegiatan awam, dan pengangkutan awam yang masih mahu melaksanakan tahap perlindungan lebih tinggi.

Malah, bukti sijil vaksinasi menerusi aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki mana-mana kawasan, acara, kegiatan, kapal terbang dan pengangkutan awam.

Rakyat yang mahu meninggalkan Arab Saudi pula perlu mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan berbanding tiga bulan sebelum ini.

Bagaimanapun, syarat baru itu tidak meliputi kumpulan umur tertentu atau mereka yang dikecualikan daripada menerima vaksin oleh Kementerian Kesihatan seperti terdapat dalam permohonan Tawakkalna mereka.

Sumber itu menegaskan pentingnya terus menggalakkan orang ramai supaya mengambil dos penggalak ketiga bagi melindungi mereka daripada koronavirus.
Sumber : Reuters/SU/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa