Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi luluskan kemasukan pelawat disuntik vaksin COVID-19 Sputnik Rusia

Arab Saudi meluluskan syarat kemasukan orang yang disuntik vaksin COVID-19 Sputnik dari Rusia, dalam langkah yang akan membolehkan pelawat Muslim mengerjakan ibadah haji dan umrah, menurut pengeluar vaksin itu pada Ahad (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi luluskan kemasukan pelawat disuntik vaksin COVID-19 Sputnik Rusia

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2021 10:04PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 10:07PM

MOSCOW: Arab Saudi meluluskan syarat kemasukan orang yang disuntik vaksin COVID-19 Sputnik dari Rusia, dalam langkah yang akan membolehkan pelawat Muslim mengerjakan ibadah haji dan umrah, menurut pengeluar vaksin itu pada Ahad (5 Dis).

"Kerajaan Arab Saudi meluluskan kemasukan individu yang mendapat suntikan vaksin Sputnik V Rusia mulai 1 Januari 2022," menurut Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), yang membiayai pembangunan Sputnik V, dalam satu kenyataan.

Keputusan itu, menurut dana tersebut, "akan membolehkan golongan Muslim dari seluruh dunia yang mendapat suntikan vaksin Sputnik V untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah di Makkah dan Madinah."

Pelawat asing yang disuntik vaksin Sputnik masih perlu menjalani kuarantin selama 48 jam dan mengambil ujian PCR.

Arab Saudi menyertai lebih 100 negara lain yang menerima kemasukan pelawat asing dengan rekod vaksinasi Sputnik, menurut RDIF sambil menambah bahawa hanya 15 negara pada masa ini termasuk Amerika Syarikat memerlukan pelawat disuntik dengan vaksin selain daripada Sputnik.

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa