Skip to main content

Dunia

Arab Saudi lonjak ke tangga ke-12 dalam senarai penerimaan pelancongan antarabangsa PBB

Sektor pelancongan Arab Saudi naik 15 anak tangga dalam penerimaan pelancongan antarabangsa, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Sektor pelancongan Arab Saudi naik 15 anak tangga dalam penerimaan pelancongan antarabangsa, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) meletakkan Arab Saudi di tangga ke-12 pada 2023, iaitu satu peningkatan ketara berbanding pada 2019.

Dalam kenyataan media pada Jumaat (1 Nov), badan PBB berkaitan menarik perhatian bahawa Arab Saudi sudah memimpin negara-negara G20 dalam pertumbuhan berdasarkan Barometer Pelancongan PBB.

Ia mencatatkan kenaikan 73 peratus bagi ketibaan pelancong antarabangsa dan kenaikan 207 peratus dalam penerimaan pelancongan antarabangsa berdasarkan data terkini bagi tujuh bulan pertama 2024 berbanding tempoh yang sama pada 2019.

Pencapaian hebat itu sekali gus mencerminkan kejayaan kerajaan sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Peningkatan berterusan dalam ketibaan pelancong antarabangsa turut mengukuhkan kepercayaan pengunjung terhadap daya tarikan yang pelbagai di Arab Saudi, lapor SPA.

Secara global, ketibaan pelancong antarabangsa mencapai 96 peratus berbanding tahap pra-pandemik dalam tujuh bulan pertama 2024, berjumlah kira-kira 790 juta pelancong – satu peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa Timur Tengah mengekalkan kedudukan sebagai rantau dengan pertumbuhan paling pesat, mencatatkan peningkatan 26 peratus dalam ketibaan antarabangsa berbanding 2019.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita