Skip to main content

Dunia

Arab Saudi larang majlis buka, sahur beramai-ramai di restoran dan hotel sepanjang Ramadan

Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan kewajipan vaksinasi COVID-19 untuk semua kakitangan kedai gunting, restoran, kafe dan kedai makanan di negara itu, mulai Mei depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi larang majlis buka, sahur beramai-ramai di restoran dan hotel sepanjang Ramadan

Lobi hotel Ritz Carlton di ibu kota Saudi, Riyadh, pada 24 Okt 2018. (Gambar: GIUSEPPE CACACE / AFP)

Diterbitkan : 25 Mar 2021 05:10PM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 05:19PM

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan kewajipan vaksinasi COVID-19 untuk semua kakitangan kedai gunting, restoran, kafe dan kedai makanan di negara itu, mulai Mei depan.

Jika tidak semua kakitangan itu perlu menjalani ujian COVID-19 setiap tujuh hari.

Sejajar dengan usaha mengekang penularan koronavirus itu juga, Kementerian Pelancongan Saudi melarang khidmat bufet atau majlis berbuka atau sahur beramai-ramai di restoran atau hotel sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebaliknya makanan bungkus dengan proses pandu lalu digalakkan di Saudi.

Bagaimanapun pembahagian makanan untuk iftar di Masjidil Haram dibenarkan semula pada bulan Ramadan ini, meskipun permohonan permit diperlukan secara online.

Permit juga diperlukan untuk mengadakan majlis berbuka di sekitar bandar Makkah, termasuk di jalan-jalan rayanya.

Tahun lalu, semua ibadah di Masjidil Haram digantung kerana penularan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita