Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi larang jemaah bawa 15 barang ini ketika menunaikan Haji

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi larang jemaah bawa 15 barang ini ketika menunaikan Haji

Seorang jemaah haji menolak kerusi roda seorang lagi jemaah untuk solat di Masjidil Haram. (Gambar: AP/Mosa'ab Elshamy)

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan media mengumumkan ada 15 barang yang tidak boleh dibawa oleh jemaah ketika menaiki kapal terbang untuk menunaikan ibadah haji, lapor Saudi Gazette pada Khamis (23 Jun).

Larangan itu bagi memastikan kegiatan dan perjalanan haji dapat berjalan lancar dan selamat.

Kementerian itu membahagikan 15 barang dan alat yang dilarang dibawa jemaah itu dalam bagasi mereka kepada empat kategori, iaitu:

1) Alat tajam termasuk gunting, pisau, pisau bedah dan bilah tajam.

2)Perkakas kerja termasuk sepana, alat gerudi, tukul besi dan paku.

3) Semua jenis senjata api meliputi senjata, senjata api, bunga api dan pistol pegun (stun gun).

4)Alat lain seperti bahan beracun, bahan mudah terbakar dan produk udara dipadatkan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan