Arab Saudi lapor varian XBB COVID-19 pertama dalam negara
RIYADH: Penguasa Kesihatan Awam Arab Saudi (Weqaya) menyatakan ia mengesan subvarian XBB Omicron dalam bilangan terhad sampel yang positif COVID-19.
Weqaya membuat pengumuman tersebut sedang ia terus memantau mutan virus yang menyebabkan COVID-19 sambil menarik perhatian bahawa subvarian BA.5 dan BA.2 Omicron dikesan dalam lebih 75 peratus sampel positif koronavirus itu, lapor Saudi Gazette.
Operasi pemantauan bagi penyakit pernafasan terus dijalankan pihak berkuasa, menurut Weqaya.
Weqaya menyatakan selain COVID-19, kes-kes penyakit pernafasan dan selesema bermusim meningkat menjelang musim sejuk. Ia menjelaskan kemudaratan simptom yang dialami pesakit berbeza-beza, bergantung keada daya imun mereka.
Weqaya menambah ia menjangkakan kes jangkitan akan meningkat semasa tempoh akan datang dan menekankan bahawa semua orang berisiko dijangkiti, khususnya mereka yang tidak menerima suntikan vaksin.
Tambah Weqaya, terdapat kenaikan kes di jabatan kecemasan dan pusat jagaan kecemasan di merata negara tersebut.
"Semua orang mesti melengkapkan dos vaksin COVID-19, dos penggalak serta dos musiman bagi vaksin selesema, terutama sekali mereka yang berisiko mengalami komplikasi, seperti warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit kronik," Saudi Gazette memetik kenyataan Weqaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.