Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi lantik 34 wanita sertai barisan kepimpinan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, lapor Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lantik 34 wanita sertai barisan kepimpinan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

(Gambar: Saudi Gazette/Facebook)

ANKARA: Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid berkata pelantikan itu bertujuan untuk membangunkan lagi perkhidmatan yang disediakan buat pelawat yang mengunjungi masjid berkenaan.

"Ia sebahagian daripada perubahan kualitatif yang sedang dilaksana oleh kerajaan untuk kaum wanita Arab Saudi yang mempunyai kelayakan…,” menurut kenyataan itu.

Pada Ogos 2021, Arab Saudi melantik dua wanita sebagai pembantu kepada ketua Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Awal bulan ini, Arab Saudi mengumumkan pelantikan 32 wanita sebagai pemandu di bawah Program Pemimpin Kereta Api Ekspres Haramain.

Negara itu telah mengambil beberapa langkah untuk memperkasakan wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk membenarkan wanita memandu dan mendaftar dalam perkhidmatan tentera.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan