Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi lancarkan mekanisme baru mohon visa lawatan peribadi

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lancarkan mekanisme baru mohon visa lawatan peribadi

(Gambar: Abdel Ghani Bashir/AFP)

KUALA LUMPUR: Pelancaran mekanisme baru visa “lawatan peribadi” oleh kerajaan Arab Saudi pada Rabu (30 Nov) bakal memudahkan pelawat asing untuk memasuki negara itu bagi menziarahi kenalan mereka. 

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi melalui Twitter rasmi, visa itu juga membenarkan pelawat untuk melakukan ibadah umrah dan ziarah di Mekah, melawat Madinah, tempat keagamaan dan bersejarah serta menghadiri acara kebudayaan.

“Permohonan visa ini boleh dibuat secara elektronik di platform visa dan prosesnya sangat mudah dan senang,” menurut kementerian itu.

Perkara itu selari dengan usaha Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah kunjungan warga asing ke negaranya, selaras dengan objektif Wawasan 2030.

Di bawah mekanisme baru itu, warga Arab Saudi yang ingin mempelawa kenalan untuk melawat perlu mengemukakan permohonan visa lawatan peribadi bagi pihak mereka di platform visa elektronik “National Unified Visa Platform” atau Platform Visa Bersepadu Nasional di bawah seliaan Kementerian Ehwal Luar.

“Permohonan visa lawatan peribadi boleh dikemukakan melalui platform eVisa dan perlu mengisi data individu yang diundang. Permohonan itu kemudiannya akan diproses dan 'dokumen visa lawatan peribadi' akan dikeluarkan, data boleh dilihat melalui perkhidmatan pertanyaan permohonan,” menurut kementerian.

Kementerian itu menambah pelawat boleh menyelesaikan proses pembayaran yuran dan insurans perubatan selepas mengisi borang permohonan visa masuk di platform visa.

Kemudian, pelawat perlu menyerahkan permohonan dan pasport kepada kedutaan atau konsulat Arab Saudi di negara asal atau melalui pusat, pejabat yang diiktiraf kedutaan atau konsulat.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan