Arab Saudi lancarkan inisiatif sentuh Hajar Aswad secara maya
Arab Saudi melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.

(Gambar: Sumber web)
ARAB SAUDI: Arab Saudi melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.
Inisiatif "Virtual Black Stone" (Hajar Aswad maya), yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR, lapor middleeast.in-24.
Menerusi akaun rasmi Twitter Penjaga Ehwal Dua Masjid Suci di sana ia menyatakan bahawa "Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais, melancarkan inisiatif tersebut di pejabatnya."
"Insiatif (Virtual Hajar Aswad) itu dilancarkan oleh Agensi Hal Ehwal Pameran dan Muzium, yang diwakilkan oleh Pentadbiran Am Pameran Digital, dengan kerjasama Institusi Penjaga Dua Masjid Suci bagi Kajian Haji dan Umrah di Universiti Umm Al-Qura," tambah beliau, seperti yang dipetik laman middleeast.in-24.
Al-Sudais berharap inisiatif tersebut dapat "memanfaatkan realiti maya (VR) dan pengalaman digital untuk mewujudkan simulasi keadaan sebenar", tambah laporan middleeast.in-24 lagi.
Beliau juga menekankan pentingnya untuk "mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya demi demi merangkumi bidang kuasa di bawah penjaga dua masjid suci.
"Dan apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Penjaga Dua Masjid Sudi itu di seluruh dunia, baik menerusi dunia maya mahupun mewujudkan simulasi dunia nyata."
"Benar dan mutlak."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.