Skip to main content

Dunia

Arab Saudi lancar terjemahan baharu Al-Quran, keseluruhan kini 79

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lancar terjemahan baharu Al-Quran, keseluruhan kini 79
Gambar hiasan. (Gambar: Pixabay/Essam5)
Diterbitkan : 19 Sep 2025 07:29AM Dikemas Kini : 19 Sep 2025 07:30AM
MADINAH: Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullatif Al Alsheikh, yang juga Penyelia Umum Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, melancarkan projek mencetak dua terjemahan baharu al-Quran.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), dengan penambahan terbaharu itu, kompleks berkenaan sudah menghasilkan 79 terjemahan dalam pelbagai bahasa, termasuk 35 yang disiapkan dalam tempoh tujuh tahun lalu.

Semasa majlis pelancaran di Madinah, menteri berkenaan memuji sokongan kepimpinan terhadap inisiatif itu dan menegaskan komitmen Kerajaan Arab Saudi untuk menyebarkan al-Quran serta ajarannya ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.
Sumber : Bernama/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita