Skip to main content

Dunia

Arab Saudi lancar sistem pelesenan baharu bagi penginapan jemaah bermusim

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mengeluarkan lesen bermusim bagi penginapan jemaah haji di Makkah dan Madinah melalui perkhidmatan elektronik sementara, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lancar sistem pelesenan baharu bagi penginapan jemaah bermusim

Satu sistem pelesenan baharu dibangunkan Kementerian Pelancongan dan Perumahan Arab Saudi untuk mengawal selia penyewaan semasa musim haji. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Oct 2025 11:14PM Dikemas Kini : 01 Oct 2025 11:15PM
MADINAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mengeluarkan lesen bermusim bagi penginapan jemaah haji di Makkah dan Madinah melalui perkhidmatan elektronik sementara, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Sistem itu dibangunkan bersama Kementerian Pelancongan dan Perumahan untuk mengawal selia penyewaan semasa musim haji tahun ini.

Pemohon mesti menggunakan platform Nusuk Masar untuk layak menyewa penginapan jemaah haji.

Lesen perlu diperoleh melalui platform elektronik Kementerian Pelancongan, mengikut syarat yang diluluskan, sebelum tempoh kontrak berakhir pada 13 Syaaban 1447 Hijrah.

Proses itu tidak terpakai kepada hotel yang mempunyai lesen sepanjang tahun daripada Kementerian Pelancongan.

Mekanisme pelesenan penginapan sementara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan mengeluarkan lesen bermusim yang memenuhi semua syarat.

Ia menghubungkan kemudahan berlesen ke platform Nusuk untuk tempahan yang diselaraskan, meningkatkan kapasiti layanan semasa haji dan memastikan pengalaman yang selamat serta teratur melalui platform pelesenan elektronik di pautan: https://tlg.mt.gov.sa/.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita