Skip to main content

Dunia

Arab Saudi lancar khidmat teksi udara bagi jemaah haji tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lancar khidmat teksi udara bagi jemaah haji tahun ini

(Gambar; SPA)

Diterbitkan : 12 Jun 2024 10:20PM Dikemas Kini : 12 Jun 2024 10:28PM
MAKKAH: Arab Saudi melancarkan khidmat teksi udara pandu sendiri yang disediakan untuk para jemaah haji.

Teksi udara tersebut akan membawa jemaah ke pelbagai tapak suci, memudahkan pemindahan kecemasan perubatan dan bekalan, serta menghantar barang, lapor Saudi Press Agency.

Menurut Menteri Pengangkutan dan Khidmat Logisitik Arab Saudi, Saleh bin Nasser Al-Jasser, teksi udara itu adalah yang pertama di dunia untuk diberikan lesen oleh pihak berkuasa penerbangan awam.

Encik Al-Jasser berkata pelancaran khidmat teksi udara tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk menggunakan teknologi pengangkutan tercanggih dan menggunakan model pengangkutan mesra alam yang menggunakan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI), lapor Arab News.

Selaras dengan objektif Strategi Pengangkutan dan Logistik Kebangsaan, Arab Saudi mahu menjadikan sektor pengangkutan tempatan lebih moden dengan pelancaran teknologi teksi udara, kereta elektrik dan kereta api hidrogen.

Khidmat teksi udara Saudi itu juga bertujuan mengurangkan masa perjalanan di kawasan-kawasan yang sesak terutama ketika kecemasan.

Ia juga sekali gus memudahkan kiriman barangan dan bekalan perubatan selain membantu proses pemantauan dan pemeriksaan agar lebih cepat dan lancar.

Khidmat teksi udara itu merupakan salah satu daripada 32 teknologi moden yang boleh digunakan oleh para jemaah haji tahun ini.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita