Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi lancar inisiatif gajikan pembantu rumah dari Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lancar inisiatif gajikan pembantu rumah dari Indonesia

Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi (KSA) di Riyadh (Gambar: Saudi Press Agency)

RIYADH: Syarikat-syarikat sumber manusia dan pengambilan pekerja di Arab Saudi melancarkan inisiatif khas untuk menggajikan pekerja pembantu rumah dari Indonesia.

Syarikat-syarikat sumber manusia tersebut menyatakan kos pengambilan pekerja di bawah inisiatif tersebut berjumlah sehingga SR19,900 (S$6,980), tidak termasuk Cukai Nilai Tambah (VAT), lapor Saudi Gazette.

Proses pengambilan pembantu rumah itu akan dilakukan dengan yuran perekrutan yang dibayar secara ansuran bulanan sebanyak SR1750 (S$614), tidak termasuk cukai.

Terdapat kontrak selama 24 bulan, yang boleh diperbaharui sekiranya majikan dan pekerja ingin berbuat sedemikian.

Syarikat-syarikat pengambilan pekerja menarik perhatian bahawa inisiatif berkenaan bertujuan untuk menyediakan khidmat baru kepada pasaran Saudi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Ia turut menyatakan di bawah skim tersebut, pembantu rumah akan kekal bersama syarikat sepanjang tempoh kontraknya, lapor Saudi Gazette.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan