Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi kutuk tindakan ahli politik Belanda koyakkan, bakar muka surat al-Quran

Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Arab Saudi pada Selasa (24 Jan) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan mengoyakkan halaman senaskhah al-Quran di bandar Belanda, The Hague.

Kementerian Ehwal Luar Saudi menyatakan tindakan pelampau itu adalah satu langkah provokasi terhadap perasaan jutaan warga Muslim di seluruh dunia, lapor Saudi Gazette.

Kementerian tersebut menegaskan pendirian Saudi berhubung penyebaran nilai-nilai perbincangan, tolak ansur dan hidup bersama, sekali gus menolak kebencian serta fahaman pelampau.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Edwin Wagensveld, seorang ahli politik Belanda sayap kanan yang juga ketua kumpulan Islamofobia Pegida, mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran di The Hague pada Ahad (22 Jan).

Video di Twitter menunjukkan Encik Wagensveld membakar halaman-halaman yang dikoyakkan daripada al-Quran itu dalam sebuah kuali.

Ia berlaku kurang dua hari selepas seorang ahli politik Sweden, Rasmus Paludan, daripada parti Stram Kurs, membakar senaskhah al-Quran di tengah-tengah tunjuk perasaan yang diadakan di luar Kedutaan Turki di Stockholm.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan