Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi kuat kuasa larangan bekerja pada tengah hari

Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial (MHRSD) Arab Saudi mula mengenakan larangan bekerja di bawah terik matahari antara jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang selama tiga bulan berkuat kuasa Rabu (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi kuat kuasa larangan bekerja pada tengah hari

Seorang lelaki kelihatan berbasikal dekat dengan pelabuhan di Jeddah, Arab Saudi, pada 27 Dis 2020 (Gambar fail: AP/Amr Nabil)

Diterbitkan : 16 Jun 2022 10:07AM Dikemas Kini : 16 Jun 2022 10:07AM
RIYADH: Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial (MHRSD) Arab Saudi mula mengenakan larangan bekerja di bawah terik matahari antara jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang selama tiga bulan berkuat kuasa Rabu (15 Jun).

Larangan itu, yang akan meliputi semua syarikat dan sektor swasta, akan dikuatkuasakan sehingga 15 September 2022, lapor Saudi Gazette.

Bercakap kepada Okaz/Saudi Gazette, jurucakap kementerian itu, Saad Al-Hammad, berkata denda SR3,000 (S$1,100) akan dikenakan ke atas majikan sekiranya mereka melanggar peraturan berkenaan untuk setiap pekerja.

Jumlah denda itu akan berlipat kali ganda mengikut jumlah pekerja yang terlibat dalam pelanggaran larangan kerja sewaktu tempoh yang ditetapkan itu, kata beliau.

Hukuman juga termasuk menutup syarikat untuk tempoh tidak melebihi 30 hari atau menutupnya sampai bila-bila atau mengenakan denda dan penutupan syarikat sekali gus, lapor Saudi Gazette.

Larangan itu selaras dengan keputusan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Eng Ahmed Al-Rajhi yang bertujuan untuk memelihara keselamatan serta kesihatan pekerja dalam sektor swasta dengan mengharamkan mereka daripada bekerja di tempat terbuka di bawah terik matahari.

Menurut jurucakap itu, beberapa kawasan di sesetengah wilayah dikecualikan daripada larangan bekerja pada waktu tengah hari. Ini memandangkan perbezaan suhu sedang ia turun di sesetengah wilayah, ke paras yang tidak memerlukan larangan itu dikenakan.

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh Okaz/Saudi Gazette, 2.74 juta pekerja, kebanyakan dalam sektor binaan, bakal meraih manfaat daripada keputusan larangan kerja tersebut.

Larangan bekerja sewaktu tengah hari tidak dikenakan ke atas pekerja di syarikat-syarikat minyak dan gas serta pekerja yang melakukan penyenggaraan kecemasan, dengan syarat bahawa langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk melindungi mereka daripada bahaya terik matahari.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa