Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi kenakan larangan perjalanan ke China, penduduk langgar peraturan dihukum

Arab Saudi mengenakan larangan perjalanan ke China yang dilanda virus korona baru bagi rakyatnya dan warga asing yang bermastautin di negara itu. Mana-mana individu yang melanggar peraturan itu akan dikenakan hukuman atau denda, lapor media rasmi hari ini (6 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi kenakan larangan perjalanan ke China, penduduk langgar peraturan dihukum

Terminal baru Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, 19 September 2018. (Gambar: Reuters/Stephen Kalin)

Diterbitkan : 06 Feb 2020 09:37PM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 05:24PM

RIYADH: Arab Saudi mengenakan larangan perjalanan ke China yang dilanda virus korona baru bagi rakyatnya dan warga asing yang bermastautin di negara itu. Mana-mana individu yang melanggar peraturan itu akan dikenakan hukuman atau denda, lapor media rasmi hari ini (6 Feb).

“Perjalanan ke China oleh rakyat atau penduduk negara ini digantung sementara sejajar dengan langkah-langkah pencegahan dalam membendung penularan wabak virus korona,” menurut agensi berita rasmi, SPA.

Golongan ekspatriat yang melanggar peraturan itu bakal berdepan larangan kembali semula ke negara berkenaan.

Krisis virus korona di China semakin memburuk dengan jumlah kematian meningkat kepada 563 hari ini. Ribuan lagi orang terperangkap dalam di atas sebuah kapal persiaran yang diletakkan di bawah arahan kuarantin.

Lebih daripada 28,000 orang seluruh China sudah dijangkiti virus berkenaan dan pihak berkuasa masih berusaha membendung penularan wabak, termasuk merayu jutaan orang untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

Sebanyak 24 negara turut mengesahkan kes virus itu, yang berpunca daripada sebuah pasar menjual hidupan liar di Wuhan, akhir tahun lalu.

Arab Saudi setakat ini masih bebas daripada sebarang kes, namun negara jiran mereka, Amiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan lima kes diuji positif, kesemuanya membabitkan pengunjung dari Wuhan.

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan