Arab Saudi kemas kini prosedur tunai umrah dan ziarah
(Gambar: Rosli Razak/BERITAmediacorp)
RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa ia sudah mengemas kini prosedur kemasukan jemaah haji ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah dan ziarah.
Kementerian itu menyatakan bahawa semua yang datang dari luar Arab Saudi dikehendaki mengemukakan ujian negatif PCR atau ujian negatif antigen yang diluluskan 48 jam sebelum berlepas, tanpa mengambil kira status imunisasi mereka, lapor Saudi Gazette.
Menurut rencana Saudi Gazette, kementerian itu mengesahkan bahawa prosedur yang dikemas kini itu akan berkuat kuasa mulai 1 pagi pada Rabu (9 Feb), 8 Rejab 1443 Hijrah.
Sebelum ini, Arab Saudi sudah mengumumkan lebih awal sekatan perjalanan baru bermula pada hari Rabu, 9 Februari.
Kementerian itu menyatakan sekatan baru tersebut diperkenalkan sejajar dengan pemerhatian susulan berterusan kepada situasi epidemiologi tempatan dan global, dan sebagai sebahagian daripada langkah yang diambil oleh Kerajaan tersebut untuk membendung penularan COVID-19 dan memelihara kesihatan awam, lapor Saudi Gazette.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.