Skip to main content

Dunia

Arab Saudi kekal pengeksport kurma terbesar dunia bagi tahun keempat berturut-turut

Arab Saudi mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport kurma terbesar dunia dari segi nilai bagi tahun keempat berturut-turut, dengan nilai eksport mencecah SAR1.938 bilion (S$662.1 juta) pada 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi kekal pengeksport kurma terbesar dunia bagi tahun keempat berturut-turut

Seorang peniaga mempamerkan kurma semasa festival kurma di Unaizah, wilayah Al-Qassim, Arab Saudi, pada 10 Ogos 2021. (Gambar fail: REUTERS/Ahmed Yosri)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 10:08PM
Saudi Arabia remains the world’s largest date exporter for the fourth consecutive year
  • Saudi Arabia remained the world’s largest date exporter in value terms for the fourth consecutive year, with 2025 exports reaching SAR1.938 billion.
  • ITC data and official Saudi Arabian figures showed that export value rose 14.3 per cent from the previous year and 59.5 per cent from 2021.
  • According to Ahmed Al-Mousa, this success was driven by cooperation among government agencies, the private sector and the industry in streamlining supply and exports.
  • With more than 37 million trees and production exceeding 1.9 million tonnes, Saudi dates now reach more than 125 countries.
Dijana oleh AI
RIYADH: Arab Saudi mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport kurma terbesar dunia dari segi nilai bagi tahun keempat berturut-turut, dengan nilai eksport mencecah SAR1.938 bilion (S$662.1 juta) pada 2025.

Menurut data Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), angka itu bersamaan sekitar AS$513.3 juta (S$656.3 juta).

Data rasmi Arab Saudi yang diterbitkan sebelum ini turut menunjukkan nilai eksport kurma pada 2025 meningkat 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya dan 59.5 peratus berbanding 2021.

Pencapaian itu sekali gus memperkukuh kedudukan sektor kurma dalam usaha Arab Saudi meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sejajar dengan matlamat Visi Saudi 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Nasional Sawit dan Kurma, Ahmed Al-Mousa, berkata pencapaian tersebut didorong usaha bersepadu antara agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak industri untuk memperkemas rantaian bekalan serta meningkatkan kecekapan eksport.

Menurutnya, usaha memperluas akses kurma Arab Saudi ke pasaran antarabangsa turut membantu meningkatkan penembusan produk tersebut di luar negara.

DIEKSPORT KE LEBIH 125 NEGARA

Kurma Arab Saudi kini dieksport ke lebih 125 negara, didorong permintaan terhadap mutu serta kepelbagaian jenisnya.

Arab Saudi mempunyai lebih 37 juta pokok kurma, dengan pengeluaran pada 2025 melebihi 1.9 juta tan.

Pusat Nasional Sawit dan Kurma turut melaksanakan pelbagai program bagi memperkukuh rantaian nilai industri serta meningkatkan daya saing kurma Arab Saudi dalam pasaran antarabangsa.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita