Skip to main content

Dunia

Arab Saudi kecam serangan udara Israel ke atas Gaza, gesa PBB bertindak

Arab Saudi pada Jumaat (4 Apr) mengutuk serangan udara Israel ke atas kemudahan yang dikaitkan dengan kerajaan itu di Rafah, selatan Gaza dan mengkritik peningkatan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi kecam serangan udara Israel ke atas Gaza, gesa PBB bertindak

Lebih 50,000 rakyat Palestin, kebayakan wanita dan kanak-kanak, terbunuh sejak Oktober 2023. (Gambar: REUTERS/Hatem Khaled)

Diterbitkan : 05 Apr 2025 06:46AM Dikemas Kini : 05 Apr 2025 06:47AM
ISTANBUL: Arab Saudi pada Jumaat (4 Apr) mengutuk serangan udara Israel ke atas kemudahan yang dikaitkan dengan kerajaan itu di Rafah, selatan Gaza dan mengkritik peningkatan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi: "Pasukan pendudukan Israel menyasarkan dan memusnahkan gudang milik Pusat Kebudayaan dan Warisan Arab Saudi di kawasan Morag Rafah yang menempatkan bekalan perubatan yang bertujuan merawat pesakit dan mereka yang cedera di Gaza."

Pada masa yang sama, kementerian tersebut turut mengecam "peningkatan operasi Israel yang lebih luas, termasuk penyasaran berterusan terhadap orang awam dan tempat perlindungan dan pembunuhan berpuluh-puluh orang di kawasan seperti Sekolah Dar Al-Arqam di timur laut Gaza, yang melindungi orang yang dipindahkan."

Menurut Pertahanan Awam Palestin,  pada Khamis, seramai 31 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas sekolah itu. Enam lagi masih hilang dan berpuluh-puluh cedera.

Riyadh mengkritik "kegagalan masyarakat antarabangsa untuk menghalang keganasan dan kemusnahan dilakukan Israel," sambil menegaskan bahawa "ketiadaan mekanisme akauntabiliti yang kukuh menggalakkan Israel untuk terus melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan."

Negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diseru Arab Saudi untuk "memikul tanggungjawab mereka dan membantu menamatkan penderitaan rakyat Palestin".

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah membunuh hampir 17, 954 kanak-kanak di Gaza, lapor Biro Pusat Statistik Palestin pada Khamis.

Jumlah tersebut termasuk 274 bayi baru lahir, 876 bayi di bawah setahun, 17 kanak-kanak yang mati kesejukan di khemah pelarian dan 52 yang mati akibat kelaparan atau kekurangan zat makanan.

Lebih 50,600 rakyat Palestin pula terbunuh sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita