Arab Saudi kecam pencerobohan Masjid Al-Aqsa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Hazem Bader/AFP)
RIYADH: Arab Saudi mengecam pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh kumpulan pelampau yang dilindungi tentera Israel.
Demikian menurut laporan Saudi Press Agency (SPA) pada Isnin (18 Sep) pagi.
Melalui kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi, kerajaan itu menekankan tindakan tersebut adalah pelanggaran yang jelas terhadap perjanjian ditetapkan pihak antarabangsa dan konvensyen.
Ia juga merupakan provokasi terhadap perasaan masyarakat Islam seluruh dunia, lapor Arab News.
Arab Saudi juga menganggap tentera Israel bertanggungjawab atas tindak balas terhadap pelanggaran tersebut.
Kerajaan itu mengulangi supaya masyarakat antarabangsa melaksanakan tanggungjawabnya untuk menamatkan persengketaan Israel, menyediakan perlindungan yang wajar untuk para penduduk serta berusaha bersungguh-sungguh menamatkan konflik tersebut.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.