Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi hentikan usaha capai perjanjian pertahanan menyeluruh dengan Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi hentikan usaha capai perjanjian pertahanan menyeluruh dengan Amerika

Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Riyadh pada 5 Feb 2024. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2024 02:26PM Dikemas Kini : 30 Nov 2024 02:39PM
RIYADH: Arab Saudi akan berhenti mencuba mencapai perjanjian pertahanan menyeluruh dengan Washington dan sebaliknya berusaha mencapai kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.

Perkara ini dikongsi dua pegawai Saudi dan empat pegawai Barat kepada Reuters.

Arab Saudi sebelum ini bersedia memulihkan hubungannya dengan Israel demi mencapai perjanjian dengan Amerika Syarikat.

Pada awal tahun ini, Arab Saudi bahkan melonggarkan pendiriannya terhadap penubuhan negara Palestin, sambil memberitahu Washington bahawa komitmen terbuka Israel terhadap huraian dua negara memadai baginya untuk memulihkan hubungan dengan Israel.

Namun, para penduduk Arab Saudi mahupun negara-negara Timur Tengah lain sangat marah dengan Israel kerana terus menyerang Gaza.

Ini mendorong Putera Mahkota Mohammed bin Salman sekali lagi menegaskan bahawa negaranya akan hanya mengiktiraf Israel jika langkah-langkah konkrit diambil untuk mewujudkan sebuah negara Palestin, menurut sumber-sumber.

Menurut diplomat-diplomat Barat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, masih teringin menjalin hubungan diplomatik dengan Arab Saudi, yang disifatkannya sebagai pengiktirafan bersejarah dan bukti penerimaan lebih luas dalam dunia Arab.

Malangnya, sejak insiden 7 Oktober, PM Netanyahu berdepan tentangan hebat dari rakyatnya berkaitan sebarang konsesi kepada rakyat Palestin.

Sebarang langkah ke arah huraian dua negara dijangka memecahkan gabungan pemerintahannya.
Sumber : Reuters/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan