Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi guna sistem canggih kesan awal penyakit berjangkit

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi guna sistem canggih kesan awal penyakit berjangkit

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 08 Jul 2022 11:44AM Dikemas Kini : 08 Jul 2022 11:44AM

MINA: Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada Khamis (7 Jul) menyatakan negara itu menggunakan sistem canggih semasa musim Haji ini untuk mengesan awal sebarang penyakit berjangkit yang mudah merebak.

Ia juga mengesahkan keadaan kesihatan jemaah menggalakkan dan tiada kes epidemik dilaporkan dalam kalangan jemaah. 

Demikian menurut laporan Saudi Gazette. 

Kementerian Kesihatan menyediakan 93 pusat kesihatan di merata  tempat di Tanah Suci, seperti di Mina, Arafat dan Muzdalifah, selain di kawasan Jambatan Jamarat yang membolehkan jemaah mendapatkan bantuan dengan cepat dan secara langsung. 

Pusat-pusat kesihatan itu dilengkapkan dengan semua peralatan yang diperlukan, serta ubat-ubatan dan makmal. 

Pusat-pusat tersebut turut menyediakan pelbagai khidmat kesihatan merangkumi klinik am dan khidmat kecemasan bagi jemaah yang cedera dan mengalami tekanan haba. 

Ia juga menyediakan khidmat bagi pesakit yang mengalami penyakit kronik dengan menempatkan pegawai pentadbiran dan kesihatan yang berkelayakan dan bekerja setiap hari tanpa sebarang gangguan. 

Di tempat masuk dan ibu pejabat misi, jemaah diberikan pendidikan kesihatan yang menekankan cara mengelak tekanan haba, strok haba, penyakit kulit dan pernafasan dan banyak lagi. 

Pada masa yang sama, khidmat panggilan 937 terus menyediakan janji temu perubatan menerusi telefon dan khidmat-khidmat lain.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa