Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi gesa Taliban tarik balik keputusan larang wanita ke universiti

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi gesa Taliban tarik balik keputusan larang wanita ke universiti

Gambar: Ahmad SAHEL ARMAN / AFP

RIYADH: Arab Saudi menggesa pemerintah sementara Afghanistan untuk menarik balik keputusannya melarang wanita melanjutkan pelajaran di Afghanistan.

Kementerian Luar Saudi melahirkan rasa terkejut dan kesal Kerajaan Arab Saudi terhadap keputusan untuk menafikan hak gadis Afghanistan untuk mendapat pendidikan universiti.

Kerajaan Arab Saudi berkata: "Keputusan tersebut satu kejutan dalam dunia Islam."

"Melarang wanita dari mendapatkan pendidikan peringkat tinggi bercanggah dengan memberi wanita hak mereka sepenuhnya, yang paling utama adalah hak mendapatkan pendidikan yang akan menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bagi Afghanistan dan rakyatnnya," sambung kenyataan itu.

“Mengharamkan wanita daripada pendidikan tinggi bercanggah dengan pemberian penuh hak undang-undang kepada wanita Afghanistan, yang paling utama adalah hak untuk mendapat pendidikan yang menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran untuk Afghanistan dan rakyatnya,” kata kenyataan itu.


Pada Selasa (22 Dis), Kementerian Pendidikan Afghanistan yang diketuai Taliban, menggantung akses ke universiti oleh pelajar perempuan sehingga diberitahu kelak, mengundang kecaman hebat daripada Amerika Syarikat, Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
OIC LUAHKAN KEMBIMBANGAN

Setiausaha Agung Kumpulan Hubungan Muktamar Islam (OIC) Hissein Brahim Taha melahirkan kebimbangannya dan mengecam keputusan membingungkan oleh Pentadbiran de facto di Afghanistan untuk menutup universiti kepada kanak-kanak perempuan dan wanita untuk tempoh yang tidak ditentukan.

Langkah pemerintah de facto itu melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan adalah lebih mengecewakan OIC, kerana Setiausaha Agung dan Duta Khasnya ke Afghanistan telah berulang kali dan bertegas memberi amaran kepada pihak berkuasa de facto agar tidak mengambil keputusan sedemikian.

Amaran terbaru disampaikan oleh Duta Khas Setiausaha Agung ke Afghanistan semasa lawatannya ke Kabul pada pertengahan November 2022.

Encik Taha berpendapat, menggantung akses pelajar wanita ke universiti Afghanistan akan membawa kesan serius kepada kredibiliti pemerintah sedia ada, sama seperti ia akan menafikan hak gadis dan wanita Afghanistan untuk mendapat pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.

OIC, walaupun masih komited dengan dasar penglibatannya bersama pemerintah de facto itu, ia hanya dapat mengecam keputusan itu. Ia menyeru pemerintah Kabul supaya menarik balik keputusannya itu demi memastikan perjanjian mereka dan keputusan yang diambil kekal konsisten.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan