Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi gantung penerbangan ulang alik ke 7 lagi negara selatan Afrika

Arab Saudi pada Ahad (28 Nov) menggantung penerbangan ulang alik ke Malawi, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Mauritius dan Comoros.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi gantung penerbangan ulang alik ke 7 lagi negara selatan Afrika

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2021 04:09PM Dikemas Kini : 29 Nov 2021 04:11PM

RIYADH: Arab Saudi pada Ahad (28 Nov) menggantung penerbangan ulang alik ke Malawi, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Mauritius dan Comoros.

Demikian menurut sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi seperti dinukil Agensi Saudi Press (SPA).

Keputusan itu diambil atas sebab-sebab berkaitan penularan kes baru COVID-19 dan berdasarkan kemas kini berterusan berhubung situasi epidemiologi serta laporan tentang kemunculan varian baru 'Omicron'.

"Pelawat bukan rakyat Saudi yang tiba secara langsung atau tidak langsung dari negara-negara tersebut tidak dibenarkan masuk ke Arab Saud melainkan jika mereka berada di negara-negara lain yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Saudi selama 14 hari.

"Kategori-kategori yang dikecualikan itu, termasuk rakyat Saudi, yang datang dari tujuh negara itu perlu menjalani kuarantin selama lima hari tidak kira status vaksinasi mereka," menurut sumber itu.

Kementerian Dalam Negeri juga menekankan bahawa sesiapa yang memasuki Arab Saudi dari negara-negara atau wilayah yang tertera itu, atau melakukan persinggahan ke sana, setakat 1 November 2021, perlu menunjukkan keputusan negatif PCR selepas ketibaan di Arab Saudi.

Sumber itu mengulangi lagi bahawa kesemua prosedur dan langkah itu tertakluk pada semakan berterusan oleh pihak berkuasa Saudi, mengikut perkembangan situasi epidemiologi seluruh dunia, sambil memberi amaran kepada rakyat dan penduduk negara itu supaya elakkan daripada melakukan perjalanan ke negara-negara itu sehingga notis lanjut.

Sebelum ini pada Jumaat lalu (26 Nov), Arab Saudi melarang penerbangan dari Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho dan Eswatini di tengah-tengah kebimbingan terhadap varian Omicron yang mudah berjangkit, lapor SPA.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan