Arab Saudi gagal menang kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB
Arab Saudi gagal dalam usahanya untuk memenangi kerusi di majlis hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (9 Okt).

Ia merupakan satu tamparan kepada usaha Riyadh untuk meningkatkan reputasi hak asasinya.
Arab Saudi berada di tempat keenam dalam undian anggota PBB untuk mendapatkan salah satu daripada lima kerusi wilayah.
Sementara itu, Habsyah dan Qatar merupakan antara 18 negara yang dipilih untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB selama penggal tiga tahun.
Ini walaupun terdapat kumpulan kempen yang sebelum ini mendakwa bahawa kedua-dua negara tersebut telah melanggar hak asasi kemanusiaan.
"Undi ini adalah untuk menafikan Arab Saudi kerusi dalam hal-hal berkaitan Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Untuk sekian lama, rejim (Putera Mahkota) Mohammed bin Salman telah bertindak seolah-olah ia mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk melanggar hak asasi kemanusiaan, dengan tanggapan bahawa rakan-rakan kongsi antarabangsanya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya," demikian menurut kumpulan kempen Reprieve.
Lima kerusi dalam wilayah Asia Pasifik diberikan kepada Cyprus, Kepulauan Marshall, Qatar, Korea dan Thailand.
Terdapat hanya lima calon bagi lima kerusi kosong bagi wilayah Afrika.
Ini sekali gus bermakna Benin, Republik Demokratik Congo, Habsyah, Gambia dan Kenya akan menjawat peranan dalam majlis keselamatan itu pada tahun hadapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.