Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi diramal landa hujan batu diiringi ribut petir

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi diramal landa hujan batu diiringi ribut petir

(Gambar: Saudi Press Agency)

Diterbitkan : 28 Dec 2022 12:50PM Dikemas Kini : 28 Dec 2022 12:59PM

RIYADH: Pusat Meteorologi Nasional (NCM) Arab Saudi menyatakan mulai Khamis malam (29 Dis) hingga Selasa (3 Jan), hujan batu akan melanda sebahagian besar negara diiringi ribut petir dan hujan lebat. 

NCM menyatakan beberapa kawasan di Makkah, Al-Baha dan Aseer dijangka menyaksikan hujan lebat hingga sederhana pada Khamis, manakala hujan dijangka bertambah lebat pada Jumaat (30 Dis) dan Sabtu (31 Dis), lapor Saudi Gazette. 

Ribut petir antara sederhana hingga teruk akan melanda beberapa kawasan di Madinah, Qassim dan Riyadh pada Jumaatserta Sabtu. Kawasan timur (Al-Sharqiyah), Jazan dan Najran juga diramalkan akan mengalami hujan sederhana hingga lebat pada Jumaat dan Sabtu. 

Menurut NCM lagi, keadaan cuaca di kawasan-kawasan tersebut mungkin diiringi habuk, kekurangan daya penglihatan, aliran deras selain ombak tinggi, sambil menarik perhatian bahawa hujan batu turut dijangka turun. 

Selain itu, hujan sederhana hingga lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Madinah, Al-Sharqiyah, Sempadan Utara, Al-Jouf, Hail dan Tabuk dari Ahad (1 Jan) hingga Selasa. 

Keadaan hujan ini berpotensi diiringi hujan batu, habuk, kekurangan daya penglihatan dan aliran deras, lapor Saudi Gazette memetik NCM.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa