Skip to main content

Dunia

Arab Saudi dijangka benarkan wanita miliki lesen lumba kereta

Bagi wanita Saudi, adrenalin seumpama itu tidak dapat dibayangkan beberapa minggu lalu. Namun kini pemandu wanita yang suka memandu laju bakal menikmatinya di Arab Saudi, yang sudah menamatkan larangan memandu ke atas wanita Jun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi dijangka benarkan wanita miliki lesen lumba kereta

Rana Almimoni, warga Saudi berusia 30 tahun yang meminati sukan lumba kereta (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 04:38PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 04:40PM

RIYADH: Mengenakan topi keselamatan di dalam kereta sport sedan, Rana Almimoni memecut dan membuat aksi drift sekitar taman di Riyadh, meninggalkan asap hitam di belakang keretanya.

Bagi wanita Saudi, adrenalin seumpama itu tidak dapat dibayangkan beberapa minggu lalu.

Namun kini pemandu wanita yang suka memandu laju bakal menikmatinya di Arab Saudi, yang sudah menamatkan larangan memandu ke atas wanita Jun lalu.

Selepas diberi kebenaran memandu kereta, wanita Arab Saudi kini berpeluang pula menunjukkan bakat di atas litar lumba.

Almimoni, 30 dan peminat lumba kereta lain mengatasi tanggapan atau salah anggap seksis, bahawa cuma kereta berwarna terang popular di kalangan pemandu wanita.

Beliau berkata, beliau sedang menanti keputusan kerajaan yang akan membenarkan wanita mendapatkan "lesen perlumbaan", yang akan membenarkannya mendalami minat dalam pertandingan sukan motor.

“Saya suka memandu laju. Kereta impian saya adalah melebihi 500 kuasa kuda.

“Wanita Arab Saudi cuma memilih kereta merah jambu dan kecil adalah mitos semata-mata,” kata Almimoni, menutup pintu kereta Kia Stinger perak di taman Dirab di Riyadh.

Penguasa pengangkutan melancarkan simulator perlumbaan yang membolehkan pemandu wanita mengalami perlumbaan di belakang stereng.

"Saya tidak rasa seperti di Arab Saudi lagi," kata Nagwa Mousa, seorang profesor universiti 57 tahun di Riyadh.

"Tetapi saya tidak jangka untuk melihat ramai wanita di Arab Saudi memotong jalan dan memecut dalam masa terdekat."

Undang-undang yang membolehkan mereka memandu dianggap mencetus satu perubahan arus bagi wanita Saudi yang membebaskan mereka daripada bergantung kepada pemandu peribadi atau saudara lelaki tetapi ramai yang belum melakukannya lagi.

Ramai merungut bahawa yuran kursus memandu bagi wanita adalah beberapa kali ganda yuran kaum lelaki dan terdapat kekurangan instruktor memandu wanita.

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita