Arab Saudi dedah pelan operasi bersepadu bagi bulan Ramadan di Masjidil Haram & Masjid Nabawi
Arab Saudi sudah memuktamadkan pelan operasi bersepadu bagi bulan Ramadan 1447H di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.
Anggaran Waktu Membaca:
Musim haji di Makkah. (Gambar: Bernama)
- Pihak berkuasa Arab Saudi memuktamadkan pelan operasi bersepadu untuk Ramadan 1447H di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
- Pelan ini melibatkan pengurusan aset, penyelarasan agensi, serta peningkatan pengalaman kerohanian jutaan jemaah.
- Pelbagai inisiatif baharu seperti peta 3D interaktif, sistem pengiraan pelawat pintar, dan perkhidmatan pengangkutan warga emas diperkenalkan.
- Peningkatan prasarana, kebersihan, logistik, serta program budaya dan pendidikan dilaksanakan bagi memastikan operasi berjalan lancar sepanjang Ramadan.
MAKKAH: Arab Saudi sudah memuktamadkan pelan operasi bersepadu bagi bulan Ramadan 1447H di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.
Pelan ini mengaktifkan strategi menyeluruh yang dirancang untuk menguruskan kesesakan puncak, mempertingkatkan perkhidmatan, serta meningkatkan pengalaman kerohanian jutaan jemaah.
Rangka kerja operasi ini dibina berasaskan tiga tunggak utama: pengurusan aset dan kemudahan dengan kecekapan penyelenggaraan yang dipertingkatkan, pengukuhan penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan di seluruh Dua Masjid Suci, dan memperkayakan perjalanan kerohanian pelawat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lancar semasa waktu puncak, lapor Saudi Gazette.
Pelan itu merangkumi zon operasi yang ditakrifkan dengan jelas.
Di Masjidil Haram, ini termasuk Ruang Legar Saudi (Saudi Portico), dataran Mataf, kawasan Sa’i, dataran luar, pembesaran Saudi kedua dan ketiga, bangunan perkhidmatan, serta kompleks tandas.
Di Masjid Nabawi, operasi meliputi keseluruhan masjid, dataran, kemudahan, dan kawasan bumbung.
Pelbagai inisiatif baharu dan yang sudah dipertingkatkan diperkenalkan tahun ini bagi meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasi, lapor Saudi Gazette.
Antara yang paling utama adalah:
-Pengaktifan peta 3D interaktif di dalam Dua Masjid Suci untuk membantu pelawat bergerak dengan mudah.
-Pelancaran perkhidmatan pengangkutan warga emas dari stesen-stesen transit utama.
-Sistem pengiraan pelawat pintar menggunakan penderia digital untuk menyediakan data orang ramai secara masa nyata.
-Penggunaan peranti pengukuran kepuasan pelawat.
-Skrin panduan interaktif di dalam Masjidil Haram yang menawarkan arahan dalam lima bahasa.
-"Panduan Jemaah" digital yang dikemas kini dengan ciri interaktif.
-Operasi Pusat Arahan Kejuruteraan berpusat untuk memantau operasi secara masa nyata.
-Pasukan panduan lapangan yang dipertingkatkan dengan peranti terjemahan segera.
-Sistem nombor pintu untuk memudahkan pengenalpastian lokasi di dalam Masjidil Haram.
-Pengaktifan perkhidmatan pelaporan “Rased” untuk respons pantas terhadap pemerhatian dan maklum balas.
KETERSEDIAAN PRASARANA SEMAS KAPASITI PENUH
Pihak berkuasa mengesahkan keandalan sistem elektrik dan tenaga yang dipertingkatkan, rangkaian penyaman udara dan pencahayaan yang diperkukuh, serta kesediaan penuh tangga bergerak dan lif. Sistem audio di kedua-dua masjid juga sudah diuji dan dioptimumkan.
Program penyenggaraan, protokol kebersihan persekitaran, penambahbaikan sanitasi, dan langkah kesihatan pencegahan sudah dipergiatkan bagi memastikan standard keselamatan dan kelestarian kekal pada tahap tertinggi sepanjang Ramadan.
Peningkatan operasi termasuk:
-Tadbir urus susunan hidangan iftar dengan integrasi bersama platform kebangsaan “Ehsan”.
-Logistik pembersihan dan pengedaran makanan yang ditambah baik.
-Perkhidmatan air Zamzam yang diperluaskan.
-Perkhidmatan permaidani, kereta sorong mobiliti, pintu, dan kemudahan tandas yang dipertingkatkan.
-Perkhidmatan penyimpanan bagasi yang dinaik taraf.
-Pusat penjagaan tetamu yang disatukan antara Makkah dan Madinah.
-Operasi pusat hospitaliti kanak-kanak untuk menyokong keluarga.
-Ketersediaan platform sukarelawan yang diperluaskan.
Usaha pengurusan orang ramai akan tertumpu kepada penyusunan kawasan solat, koridor, dan dataran, sambil menambah baik papan tanda panduan dan sistem aliran pejalan kaki. Pelan Ramadan ini juga merangkumi penambahbaikan pengalaman I’tikaf melalui pengurusan yang tersusun dan persediaan persekitaran.
PERKAYA PERJALANAN KEROHANIAN
Selain logistik, pelan itu menekankan pengayaan budaya dan pendidikan. Inisiatif termasuk operasi berterusan Pameran Seni Bina Dua Masjid Suci, program di dalam Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah, perkhidmatan pengedaran al-Quran, dan penyertaan sukarelawan yang diperluaskan.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa operasi akan berfungsi pada kapasiti maksimum semasa tempoh puncak, disokong oleh kakitangan terlatih dan kerjasama antara agensi yang diselaraskan bagi menjamin mutu perkhidmatan dan kelangsungan operasi, lapor Saudi Gazette.
Pelan ini mencerminkan komitmen berterusan Arab Saudi untuk meningkatkan perkhidmatan di Dua Masjid Suci dan menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat semasa Ramadan.

Sumber : Agensi berita/NK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.