Arab Saudi berusaha pastikan sekatan ke atas Syria ditarik balik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SANA / AFP)
DAMSYIK: Diplomat tertinggi Arab Saudi pada Jumaat (24 Jan) berkata bahawa negara tersebut sedang berusaha untuk membantu pihak berkuasa baharu Syria memastikan sekatan ke atas negara itu ditarik balik.
Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Bin Farhan membuat lawatan ke Damsyik buat pertama kali sejak Bashar al-Assad digulingkan.
Beliau bertemu pemimpin sementara Syria, Ahmed al-Sharaa, yang mengharapkan pelaburan dari negara-negara Teluk untuk membina semula negara yang dilanda perang itu.
Semasa sidang media pada Jumaat, Putera Farhan berkata Arab Saudi menyokong Syria, dan merujuk kepada pentingnya langkah menarik balik dan membekukan segala sekatan.
Beliau menambah bahawa Riyadh sedang terlibat dalam "dialog aktif bersama semua negara yang terbabit, sama ada Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah (EU), dan kami menerima mesej positif".
Washington mula mengurangkan sekatan terhadap Syria berikutan penggulingan Bashar al-Assad, dengan EU dijangka mengikut langkah serupa apabila ia membincangkan isu tersebut di mesyuarat menteri luarnya pada Isnin (27 Jan).
Menteri Luar Syria Asaad al-Shaibani, yang berada di Riyadh pada awal Januari, berkata penarikan balik sekatan membolehkan "pembukaan saluran baharu untuk pelaburan dan perdagangan", serta membina semula prasarana dan mewujudkan pekerjaan.
Riyadh memainkan peranan penting untuk pemerintah Bashar al-Assad kembali ke Liga Arab, selepas memutuskan hubungan pada 2012 berikutan tindakan kerasnya ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi yang mencetuskan perang saudara.
Kini, kepimpinan baharu Syria mengalu-alukan pelaburan Arab Saudi untuk membantu membina semula prasarana negara yang dilanda perang itu, serta meningkatkan ekonominya.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.