Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi beri jaminan akan kekalkan bekalan minyak secara penuh

Rasa panik dalam pasaran minyak antarabangsa lega sedikit selepas Menteri Daya Tenaga Arab Saudi Abdulaziz bin Salman Al Saud berkata pengeluaran minyak syarikat Saudi Aramco, yang sebelum ini digantung menyusuli serangan Sabtu lalu, dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Sep 2019 04:51PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 09:39PM

JEDDAH, ARAB SAUDI: Rasa panik dalam pasaran minyak antarabangsa lega sedikit selepas Menteri Daya Tenaga Arab Saudi Abdulaziz bin Salman Al Saud berkata pengeluaran minyak syarikat Saudi Aramco, yang sebelum ini digantung menyusuli serangan Sabtu lalu, dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.

Ini menyusuli serangan ke atas loji-loji minyak Arab Saudi.

Bercakap dalam sidang media di Jeddah, Putera Abdulaziz berkata Arab Saudi akan mengekalkan bekalan minyak secara penuh kepada para pelanggannya bulan ini.

Kerajaan Saudi juga katanya terpaksa menggunakan rizab simpanan bagi memastikan bekalan akan berterusan seperti biasa, dan pengeluaran minyak Aramco akan pulih kepada 11 juta tong sehari menjelang akhir September.

Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin Nasser pula memaklumkan, syarikatnya mengambil masa kurang tujuh jam untuk memadamkan kebakaran selepas serangan di loji-loji minyak Abqaiq dan Khurais, Sabtu lalu.

Selain itu, operasi di Khurais disambung semula 24 jam selepas serangan tersebut.

Sementara itu, Perancis akan menghantar para pakar ke Saudi untuk membantu siasatan ke atas serangan di loji-loji Saudi itu.

Menurut President Emmanuel Macron, siasatan yang dijalankan akan menentukan punca dan kaedah serangan ke atas Saudi itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Saudi menyertai perikatan tentera yang dipimpin Amerika Syarikat, untuk memastikan keselamatan laluan perkapalan di Timur Tengah.

Pihak berkuasa Saudi merancang berkongsi maklumat tentang senjata-senjata yang digunakan dalam serangan Sabtu lalu.

Kumpulan pemberontak Houthi dari Yaman sudah mengaku bertanggungjawab tetapi Saudi dan Amerika mengesyaki Iran sebagai dalang utamanya.

Sumber : Reuters/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan