Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi beri amaran pengendali haji, akaun online palsu

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi beri amaran pengendali haji, akaun online palsu

(Gambar: Abdel Ghani Bashir/AFP)

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai mengenai kehadiran penyedia perkhidmatan haji dan akaun online palsu yang mendakwa menyediakan perkhidmatan dan pakej haji pada harga lebih rendah.

Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian itu menggesa warganegara dan ekspatriat yang ingin menunaikan haji tahun ini supaya memohon dan mendaftar hanya melalui aplikasi Eatmarna melalui pautan: https://localhaj.haj.gov.sa/.

Menurut laporan itu pihak kementerian memantau banyak akaun palsu dan nombor telefon mengelirukan yang mendakwa menyediakan perkhidmatan haji dengan meminta data peribadi dan dokumen rasmi daripada mereka yang ingin menunaikan haji.

Ia menegaskan bahawa rakyat dan penduduk tidak seharusnya terpedaya dengan iklan yang tidak mempunyai status rasmi di laman rangkaian sosial.

Lantas, pihak kementerian menggesa orang ramai melaporkan segera mengenai mana-mana pejabat, syarikat atau individu yang mendakwa menawarkan permit mengerjakan haji bagi tahun 2022 di luar rangka kerja portal rasmi kerajaan.

Kementerian itu juga mengesahkan bahawa portal elektronik bagi jemaah haji tempatan yang ditetapkan kementerian untuk menerima permohonan daripada warganegara dan ekspatriat bagi tahun ini, adalah satu-satunya saluran yang diberi kuasa menempah perkhidmatan jemaah haji, lapor Saudi Gazette.

Ini bertujuan untuk mencapai ketelusan, memastikan proses penyeliaan dan kawalan serta langkah kesihatan dan berjaga-jaga yang berkaitan dengan koronavirus.

Pendaftaran haji melalui aplikasi Eatmarna akan diteruskan sehingga 12 Jun dan keputusan saringan akan diumumkan selepas tarikh tutup.

Jawatankuasa pemantauan dan susulan di kementerian akan bertindak ke atas semua pelanggaran dan kempen yang tidak dibenarkan.

Tindakan undang-undang akan diambil dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan terhadap pelaku, tegas kementerian itu.

Seramai 150,000 warganegara dan ekspatriat akan dipilih daripada kalangan pemohon haji tahun ini, Ia membentuk 15 peratus daripada sejumlah sejuta jemaah haji yang akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Daripada jumlah keseluruhan jemaah haji, jemaah asing merangkumi 85 peratus atau 850,000 jemaah.

Sumber : Agensi berita/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan