Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi beri amaran kes baru COVID-19 terus bertambah dalam bulan Ramadan

Arab Saudi beri amaran kes baru COVID-19 terus bertambah dalam bulan Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi beri amaran kes baru COVID-19 terus bertambah dalam bulan Ramadan

Gambar Makkah dipetik pada 13 Apr 2021 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 03:40PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 03:42PM

ARAB SAUDI: Kementerian Kesihatan Arab Saudi memberi amaran tentang kes baru COVID-19 yang terus bertambah di tengah-tengah bulan Ramadan sekarang, lapor Arab News.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti menjaga jarak selamat.

Sebanyak 964 kes baru diumumkan, dengan 402 kes dikesan di ibu kota Riyadh manakala Makkah mencatatkan 215 kes baru.

10 lagi kematian juga dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kematian akibat virus itu kepada 6,801.

Namun jumlah orang yang divaksin di Saudi terus meningkat dengan sekitar 6.7 juta orang sudahpun menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan