Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi benarkan kanak-kanak asing yang menetap secara haram untuk berdaftar di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Kementerian Pendidikan Saudi mengumumkan pada Selasa (23 Ogos) bahawa semua kanak-kanak pendatang asing yang menetap di Arab Saudi secara haram, akan dibenarkan untuk menghadiri sekolah semasa tahun akademik baru, lapor Saudi Gazette.

Kementerian tersebut menyatakan bahawa sekolah patut menyediakan borang kemasukan kepada ibu bapa bagi kanak-kanak yang menetap di negara itu secara haram dan mengarahkan mereka supaya menghubungi pejabat amiriah itu di kawasan di mana mereka tinggal untuk menyelesaikan prosedur yang diperlukan. Borang pendaftaran yang dilengkapkan dan diluluskan oleh amiriah itu akan dihantar kepada penguasa sekolah tertentu untuk menyelesaikan proses pendaftaran.

Menurut laporan agensi Saudi Gazette, kementerian sudahpun mengarahkan jabatan pendidikan di seluruh Arab Saudi untuk menyediakan laporan statistik bulanan mengenai bilangan pelajar yang didaftarkan ke setiap wilayah pendidikan kepada Pentadbiran Awam bagi Penilaian dan Kemasukan.

Antara terma dan syarat yang tertera di borang pendaftaran bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya berhubung pendidikan awam dan juga mereka yang menetap di Arab Saudi secara haram termasuk butiran pelajar, ibu bapa seperti di pasport, permit kediaman (iqama) dan visa lawatan. Para waris yang tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya, perlu mengemukakan aku janji bahawa mereka akan membetulkan status kediaman pada tahun akademik itu, menurut laporan yang dipetik daripada Saudi Gazette.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan