Skip to main content

Dunia

Arab Saudi benar masuk penerima vaksin Sinovac, Sinopharm dengan dos tambahan

Individu yang sudah menerima dua dos vaksin dan Sinopharm Sinovac perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu, lapor Saudi Gazette.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi benar masuk penerima vaksin Sinovac, Sinopharm dengan dos tambahan

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 13 Jul 2021 03:40PM Dikemas Kini : 13 Jul 2021 03:46PM

DAMMAM: Individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinopharm dan Sinovac perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu, lapor Saudi Gazette.

Syarat itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan penguasa kesihatan Arab Saudi.

Demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), pada Ahad (11 Jul).

Berdasarkan peraturan kesihatan yang dikemaskini, mereka yang sudah menerima dua dos vaksin Sinopharm dan Sinovac perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf seperti Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.

Saudi Gazette melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah, pelawat harus mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.

Langkah baru itu diambil susulan kebimbangan yang meningkat bahawa vaksin COVID-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.

Keadaan itu mendorong beberapa negara untuk menawarkan dos ketiga untuk meningkatkan imuniti terhadap strain virus yang lebih mudah berjangkit.

Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan negara seperti Amiriah Arab Bersatu dan Bahrain juga memutuskan untuk memberi dos tambahan kepada individu yang sudah menerima vaksin dari China, iaitu Sinovac Biotech dan Sinopharm.

Sumber : Agensi berita/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita