Skip to main content

Dunia

Arab Saudi bekal lebih 900,000 meter padu bekalan air ke Makkah

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi bekal lebih 900,000 meter padu bekalan air ke Makkah

Jemaah haji minum air zam-zam. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Jun 2025 06:15PM Dikemas Kini : 07 Jun 2025 06:16PM

JEDDAH: Syarikat Air Kebangsaan Arab Saudi (NWC) mengumumkan bahawa sebanyak 904,941 meter padu air diagihkan ke seluruh Makkah dan tanah suci pada hari pertama Aidiladha, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Menurut kenyataan syarikat itu, operasi mengepam air berjalan tanpa henti sepanjang masa untuk menyokong rangkaian air di tanah suci dan kemudahan di Masjidil Haram.

Bekalan air berjadual ke kawasan kejiranan di Makkah juga berjalan seperti dirancang, tanpa sebarang gangguan besar.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada rancangan operasi syarikat bagi memastikan pengagihan air yang stabil dan mencukupi sepanjang musim Haji. 

Tahun ini, hari pertama Aidiladha jatuh pada 6 Jun di Arab Saudi dan negara-negara jiran, manakala beberapa negara lain termasuk Singapura menyambutnya pada 7 Jun.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita