Arab Saudi ambil tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan permit Haji
Anggaran Waktu Membaca:

Suasana di Masjidil Haram pada 7 Jun 2024. (Gambar: @HaramainInfo/X)
JEDDAH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan tindakan penguatkuasaan kini dilaksanakan terhadap individu yang melaksanakan ibadah haji, memasuki atau menetap di Mekah dan kawasan Tanah Suci tanpa permit yang sah.
Jurucakap kementerian itu Kolonel Talal bin Shalhoub berkata sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 riyal Saudi (S$6,962).
“Individu yang membantu pelanggaran ini, termasuk memohon visa bagi pihak lain, menyediakan pengangkutan, penempatan, menyembunyikan atau memberikan sebarang bentuk bantuan, boleh dikenakan denda sehingga SAR100,000 (S$348,914),” katanya semasa sesi Persidangan Komunikasi Digital.
Beliau menegaskan bahawa denda dikenakan bagi setiap pelanggaran individu.
Pelawat yang tinggal melebihi tempoh sah serta cuba menunaikan haji tanpa permit akan dihantar pulang serta diharamkan daripada memasuki negara itu selama 10 tahun.
Kolonel Talal turut memberi amaran mengenai penipuan berkaitan perkhidmatan haji seperti penginapan palsu, pengangkutan, penyediaan haiwan korban dan penggunaan gelang haji tiruan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.