Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi akan keluarkan lesen bagi individu terbitkan iklan menerusi media sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi akan keluarkan lesen bagi individu terbitkan iklan menerusi media sosial

(Gambar hiasan: Rami Al-zayat/Unsplash) 

JEDDAH: Pemangku Menteri Media, Dr Majed Al-Qasabi, mengumumkan kementeriannya memutuskan untuk mengeluarkan lesen bagi individu untuk menerbitkan kandungan iklan melalui wadah media sosial, lapor Saudi Gazette.

"Langkah ini akan menyumbang kepada mengawal selia sektor pengiklanan dan kandungan digital di negara ini", kata Dr Majed.

Suruhanjaya Am bagi Media Audiovisual mengesahkan lesen berdokumen adalah wajib untuk para individu yang melibatkan diri dalam kegiatan pengiklanan melalui wadah media sosial.

Lesen akan dikeluarkan jika sesetengah terma dan syarat ditepati. Antara terma dan syarat yang perlu dipatuhi termasuk mematuhi arahan yang dikeluarkan suruhanjaya, berikrar untuk menyediakan sebarang data, maklumat atau laporan yang diminta oleh suruhanjaya, berhenti mengiklankan mana-mana kandungan media dengan serta-merta dan tidak membantah apabila suruhanjaya mengeluarkan arahan untuk berbuat demikian serta tidak mempamerkan sebarang iklan selain menerusi akaun yang didaftarkan bersama suruhanjaya dan berkait dengan lesen yang diberikan kepada pemegang lesen.

Pemegang lesen warga asing perlu membuat aku janji untuk tidak terlibat dalam kegiatan pengiklanan sehingga sudah mendapatkan lesen dan kelulusan yang diperlukan.

Manakala warga Saudi, yang merupakan pemegang lesen, boleh melakukan kegiatan pengiklanan menerusi media sosial baik di dalam mahupun di luar negera.

Walau bagaimanapun, rakyat negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) boleh mendapatkan pendaftaran komersil dan lesen pengiklanan. Manakala, warga asing selain warganegara GCC mesti mendapatkan lesen perseorangan dengan mengadakan kontrak bersama sebuah agensi pengiklanan tempatan yang berlesen atau dengan mendapatkan lesen pelaburan mengikut syarat-syarat dan peraturan.

Agensi pengiklanan asing mempunyai hak untuk berurusan dengan individu berlesen di Saudi, mengikut syarat-syarat dan peraturan. Untuk berbuat demikian, individu itu mesti mendapatkan lesen sebelum terlibat dalam mana-mana hubungan kontrak.
Sumber : Agensi berita/SS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan