Apple terbangkan 1.5 juta iPhone dari India bagi elak tarif Trump
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
NEW DELHI: Gergasi teknologi Apple menyewa pesawat kargo untuk mengangkut lebih 500 tan iPhone atau sebanyak 1.5 juta telefon bijak tersebut ke Amerika Syarikat dari India selepas ia meningkatkan pengeluaran di sana dalam usaha untuk mengelakkan tarif Presiden Donald Trump, dedah para sumber kepada Reuters.
Butiran itu memberikan gambaran tentang strategi syarikat telefon bijak tersebut untuk mengelakkan tarif Encik Trump dan menambah inventori iPhone popularnya di Amerika Syarikat, iaitu salah satu pasaran terbesarnya.
Para penganalisis telah memberi amaran bahawa harga iPhone mungkin melonjak, disebabkan oleh pergantungan tinggi Apple terhadap import dari China, hab pengilangan utama peranti itu, yang tertakluk kepada kadar tarif tertinggi Encik Trump iaitu sebanyak 125 peratus.
Angka itu jauh melebihi tarif 26 peratus ke atas import dari India, tetapi yang kini ditangguhkan selepas Encik Trump menggantung tarif selama 90 hari pada minggu ini yang mengecualikan China.
Apple "mahu mengelakkan tarif", kata salah satu sumber yang biasa dengan perancangan itu.
Apple berjaya meminta Jabatan Kastam India untuk menyingkatkan proses pemeriksaan kargo dieksport dari 30 jam kepada 6 jam untuk memastikan produk dapat dihantar ke luar negara sebelum tarif berkuat kuasa.
Aturan yang dipanggil "koridor hijau" di lapangan terbang di hab pengilangan India itu mencontohi model yang digunakan Apple di beberapa lapangan terbang di China, kata sumber tersebut.
Kira-kira enam pesawat kargo dengan kapasiti 90 tan setiap satu telah diterbangkan sejak Mac, salah satunya minggu ini sebaik tarif baharu dikuatkuasakan, kata sumber dan seorang pegawai pemerintah India.
Menurut anggaran Reuters, setiap pesawat mampu membawa 100 ton kargo dan ini bermakna sehingga 1.5 juta iPhone 14 mungkin diterbangkan.
Pada ketika, itu India dikenakan tarif 26% tetapi ini masih lebih rendah berbanding 34% yang dikenakan ke atas China.
Ketidakpastian masih lagi berlaku mengenai tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kerana pentadbiran Presiden Trump masih belum mengeluarkan dokumen pengesahan yang lengkap mengenai mekanisme yang akan digunakan.
Dengan tarif berubah dari hari ke sehari, ia hanya menimbulkan kerisauan pelabur dan akibatnya saham syarikat teknologi utama yang meningkat semalam kini kembali merosot.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.