Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Apple hadkan penggunaan ChatGPT bagi kakitangannya

Anggaran Waktu Membaca:
Apple hadkan penggunaan ChatGPT bagi kakitangannya

Gambar fail logo Apple di Amerika Syarikat pada 14 Sep 2021. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

CALIFORNIA: Syarikat Apple Inc menghadkan penggunaan ChatGPT dan alat kecerdesan buatan (AI) luaran lain bagi kakitangannya.

Ini sedang Apple berada dalam proses untuk menghasilkan teknologi serupa, lapor akhbar Wall Street Journal pada Khamis (18 Mei), yang memetik satu dokumen dan beberapa rujukan.

Apple bimbang tentang kebecoran data sulit oleh kakitangannya yang menggunakan program-program AI dan juga sudah menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan aplikasi Copilot oleh Github yang dimiliki Microsoft.

Menurut laporan itu, aplikasi tersebut digunakan untuk mencipta kod perisian.

Bulan lalu, OpenAI, syarikat yang mencipta ChatGPT, menyatakan bahawa ia sudah mengenalkan "mod inkognito" bagi ChatGPT.

Mod tersebut tidak menyimpan sejarah perbualan pengguna atau menggunakan data tersebut untuk memperbaiki kecerdasan buatannya.

Penggunaan ChatGPT dan chatbot lain yang diilhamkannya diteliti, terutama sekali tentang bagaimana ia mengurus ratusan juta data pengguna yang sering digunakan untuk memperbaiki, atau "melatih" AI.

Pada Khamis (18 Mei), OpenAI memperkenalkan aplikasi ChatGPT bagi iOS Apple di Amerika Syarikat.

Apple, OpenAI dan Microsoft tidak membalas permintaan Reuters bagi sebarang komen.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan