Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Apple, Google lancar usaha sama bantu kesan COVID-19

Dua syarikat teknologi terkemuka, Apple dan Google, pada Jumaat (10 Apr) melancarkan satu usaha sama menggunakan teknologi telefon bijak untuk membendung pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple, Google lancar usaha sama bantu kesan COVID-19

Aplikasi pengesanan kontak COVID-19 di telefon bijak (Gambar: Olivier DOULIERY/AFP)

Diterbitkan : 11 Apr 2020 09:22PM Dikemas Kini : 11 Apr 2020 09:32PM

SAN FRANCISCO: Dua syarikat teknologi terkemuka, Apple dan Google, pada Jumaat (10 Apr) melancarkan satu usaha sama menggunakan teknologi telefon bijak untuk membendung pandemik COVID-19.

Kerjasama itu membantu dalam pengesanan kontak menerusi Android dan iPhone dengan menggunakan isyarat Bluetooth bagi mengesan mereka yang mungkin dijangkiti virus tersebut.

Menerusi teknologi Apple-Google ini, aplikasi-aplikasi pengesanan kontak dalam sebuah telefon itu akan mengumpul senarai telefon lain yang berdekatan dengannya.

Maklumat itu boleh digunakan untuk memberitahu sesiapa yang mungkin dijangkiti virus COVID-19.

Bagaimanapun para pemilik telefon yang memuat turun aplikasi itu perlulah bersetuju untuk mengongsi data dengan pihak berkuasa kesihatan awam.

Para pemaju sofwe sudahpun mencipta aplikasi-aplikasi seperti itu di beberapa negara seperti Singapura dan China untuk cuba membendung pandemik COVID-19.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan