Skip to main content

Dunia

Apple bakal dedahkan model terbaru iPhone

Syarikat Apple bakal mendedahkan model terbaru telefon bijak iPhone hari ini (12 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Apple bakal dedahkan model terbaru iPhone

(Gambar: Chance Chan/Reuters)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 08:52PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 09:01PM

AMERIKA SYARIKAT: Syarikat Apple bakal mendedahkan model terbaru telefon bijak iPhone hari ini (12 Sep).

Sumber-sumber dari dalam industri menyatakan, penjualan telefon-telefon baru itu dijangka melebihi penjualan tahun lepas, sekaligus merangsang hasil pendapatan syarikat-syarikat Taiwan yang merupakan pembekal utama iPhone.

Apple kekal sebagai pelanggan terbesar Taiwan dengan komponen-komponennya membentuk sebahagian besar daripada 30 peratus eksport dari pulau itu.

Bilangan pengilang Taiwan dalam rangkaian bekalan Apple juga semakin meningkat.

Kini terdapat 42 pengilang berbanding 39 setahun lalu dan kebanyakannya mempunyai kilang di China.

Namun perang perdagangan yang kian meruncing antara Washington dan Beijing menjejas proses pengilangan.

Sebilangan besar syarikat Taiwan yang mempunyai kilang di China sedang cuba memindahkan pengilangannya ke negara lain bagi mengelak dikenakan cukai yang mahal. 

Sumber : Agensi berita/NT/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita