Skip to main content

Dunia

App MySejahtera akan ditambah ciri-ciri baru, dedah Khairy Jamaluddin

Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baru bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
App MySejahtera akan ditambah ciri-ciri baru, dedah Khairy Jamaluddin

Proses penambahbaikan MySejahtera antaranya bagi memudahkan orang ramai memaparkan status vaksinasi masing-masing. (Gambar: Public Health Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 03 Sep 2021 11:01AM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 12:02PM

KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baru bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran Twitternya malam semalam (2 Sep) berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan akan memulakan proses penambahbaikan bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

“Ini akan memudahkan dengan COVID-19 yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya.

Khairy berkata satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.

“Sebaik saja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang - tiada imbasan diperlukan,” katanya.

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19. 

Sumber : Bernama/AW/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita