Aplikasi Meta baru Threads capai lima juta pendaftaran dalam tempoh 4 jam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Justin Sullivan / Getty Images North America / AFP)
WASHINGTON: Hanya selepas empat jam Meta melancarkan aplikasi Threads, platform media sosial baru itu berjaya mencatatkan lima juta pendaftaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara tersebut menerusi akaun Threads miliknya.
Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara tersebut menerusi akaun Threads miliknya.
“Baru melepasi lima juta pendaftaran dalam empat jam pertama,” tulisnya, dipetik daripada agensi berita The Guardian.
Hantaran tersebut mendapat 10,758 komen dengan 55,000 tanda suka.
Platform yang menjadi pesaing Twitter milik Elon Musk itu dilihat mampu menjadi fenomena baru media sosial, menurut The Guardian.
Setakat jam 2.30 petang Khamis, akaun Threads @zuck milik Mark mempunyai 453,000 pengikut dan ia semakin meningkat sementara Elon dari Twitter mempunyai hampir 150 juta pengikut di platform sosialnya.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.