Skip to main content

Dunia

Anwar, Zahid wajar letak jawatan, kata Muhyiddin

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar, Zahid wajar letak jawatan, kata Muhyiddin

PM Anwar Ibrahim diiringi Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk melihat keputusan PRN enam negeri di Pusat Dagangan Dunia. (Gambar: Fathin Suhaira Rahim/BERNAMA)

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) berpendapat Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi relevan dalam politik negara ini apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya di enam negeri, lapor Malaysiakini.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata UMNO sebenarnya kalah teruk apabila 82 peratus calonnya kalah.

Pada masa sama PN pula kata mantan Perdana Menteri itu memenangi 146 daripada 245 - atau 60 peratus - kerusi yang ditandinginya.

PN pula kata Encik Muhyiddin memenangi banyak kerusi majoriti Melayu seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dan Selangor, selain di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menurut laporan Malaysiakini itu lagi, Encik Muhyiddin berkata PN juga memenangi kerusi campuran di Kulim dan majoriti kecil Melayu di Derga - sekali gus membuktikan mereka turut mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

"Ini membuktikan penolakan besar-besaran pengundi Melayu dan bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu diterajui Anwar Ibrahim dan (Ahmad) Zahid Hamidi, katanya seperti dinukil laporan Malaysiakini.

"Maka benarlah PRN ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH dan BN.

"Anwar dan Zahid yang menerajui kerajaan mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta-merta," dakwanya.

Encik Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut menganggap kejayaan PN memenangi 22 kerusi majoriti Melayu di Selangor sebagai kejayaan besar mereka.

Sebelum ini katanya PH menganggap Selangor sebagai kubu kuat mereka.

Kejayaan memenangi 22 kerusi itu, katanya, juga bermakna PN berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerajaan PH-BN di Selangor.

"Saya percaya jika peratusan keluar mengundi lebih tinggi, maka PN akan berjaya merampas Selangor," katanya.
Sumber : Agensi berita/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita