Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar tolak spekulasi Dr Mahathir 'gunakan' Azmin untuk sekat pengaruhnya

Beliau berkata segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar tolak spekulasi Dr Mahathir 'gunakan' Azmin untuk sekat pengaruhnya

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 10:13AM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 10:16AM

SHAH ALAM: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Encik Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sedang ‘menggunakan’ Encik Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau dalam kerajaan dan parti.

Beliau berkata segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.

“Beliau punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya,” katanya kepada para wartawan selepas menghadiri majlis tahlil bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di Shah Alam semalam (31 Jul).

Menurut Encik Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.

Encik Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.

“Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan rakan-rakan gabungan,” katanya.

Pada Isnin (30 Jul), Encik Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk ‘mengawal’ Encik Anwar.

Dalam satu wawancara bersama sebuah portal berita, Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

Spekulasi membabitkan Encik Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan PKR pada Ogos ini, Encik Anwar berkata ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan