Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar tepis pandangan sinis - sudah tua dan tidak relevan

Encik Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda bahawa beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar tepis pandangan sinis - sudah tua dan tidak relevan

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 08:24AM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 08:27AM

PUTRAJAYA: Encik Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda bahawa beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.

Encik Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR dan juga Ketua Umum Pakatan Harapan berkata, pengalaman dipenjarakan selama 11 tahun menjadikan beliau seorang yang cukup memahami masalah rakyat khususnya derita golongan bawahan apabila menjadi pemimpin nanti.

“Ada pandangan sinis yang mengatakan saya sudah tua dan tidak lagi relevan (untuk kembali ke dalam kerajaan),” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Pidato Malaysia Baharu: Mengisi Harapan Rakyat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam (16 Sep).

Encik Anwar menjelaskan semasa di penjara, beliau banyak bergaul dengan golongan bawahan yang merupakan hampir 90 peratus dari penghuni penjara serta warga asing.

“Saya pernah menyaksikan anak muda yang dipenjarakan kerana hanya mencuri seluar jeans dan warga asing yang datang ke sini untuk mencari rezeki tetapi ditipu dan dihukum penjara,” katanya.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Port Dickson Encik Danyal Balagopal Abdullah yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengumumkan beliau sudah mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Encik Anwar bertanding pada pilihan raya kecil di kawasan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian mengesahkan sudah menerima notis pemakluman pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson dan akan mengadakan mesyuarat pada tarikh yang akan diumumkan.

Encik Anwar bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson untuk kembali ke Dewan Rakyat bagi membolehkan beliau menyertai kerajaan.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan