Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar setuju tidak perlu ada tekanan dalam peralihan kuasa: PM Mahathir

Peralihan kepimpinan adalah antara isu utama yang dibincangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Mahathir Mohamad semasa pertemuan mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar setuju tidak perlu ada tekanan dalam peralihan kuasa: PM Mahathir

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 01:57PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 02:00PM

PUTRAJAYA: Peralihan kepimpinan adalah antara isu utama yang dibincangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Mahathir Mohamad semasa pertemuan mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis (21 Nov).

Dr Mahathir berkata Encik Anwar sudah bersetuju bahawa seharusnya tidak perlu banyak tekanan daripada pelbagai pihak yang memberi saranan seperti tarikh peralihan kuasa.

"Beliau (Anwar) memahami masalah yang dihadapi (oleh negara) dan tidak perlu terlalu banyak tekanan daripada orang ramai yang membuat pelbagai cadangan seperti tarikh peralihan," katanya ketika ditanya pemberita mengenai perbincangan antara beliau dan Encik Anwar semasa pertemuan mereka sebelum merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Sementara itu, Encik Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dalam laman Facebook beliau menyatakan pertemuannya bersama Dr Mahathir berlangsung selama 30 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Menurut Encik Anwar, pendirian Dr Mahathir dan beliau berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh perdana menteri.

Beliau berkata mereka juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan namanya dan Perdana Menteri dalam mana-mana muslihat.

"Saya memaklumkan isu peralihan kuasa ini perlu dilakukan secara aman dan teratur dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama,” kata Encik Anwar.

Menurut Encik Anwar, mereka juga bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan